Ramli bersama isterinya, Norasiah Ibrahim menunjukkan sarang madu kelulut yang rosak selepas kelulut yang dipeliharanya selama ini mati akibat cuaca panas. |
POKOK SENA - Seorang pengusaha madu kelulut terpaksa menanggung kerugian beratus ribu ringgit apabila 45 sarang kelulutnya mati akibat El Nino.
Pemilik Pokok Sena Trigona Farm, Ramli Abd Rahman, 47, berkata, sebelum ini, dia mempunyai 55 sarang kelulut, namun kini hanya 10 sarang sahaja yang tinggal.
Menurutnya, sebelum fenomena ElNino, dia mampu mengeluarkan madu sebanyak 55 kilogram sebulan.
Ramli berkata, dia mendapati kelulutnya mati sejak Februari lalu selepas melihat ternakannya itu kurang aktif dan serombong di pokok pula semakin rapuh.
"Saya menternak kelulut jenis trigona itama dan trigona thoratica.
"Bagi mengurangkan kepanasan, saya akan menyiram air setiap beberapa jam dan memasang jaring tetapi ia tidak dapat menyelamatkan kelulut kerana cuaca sangat panas," katanya
Ramli berlaku, ini adalah kejadian kali pertama dialami sejak menternak kelulut lima tahun lalu.
"Sebelum ini, pernah berlaku cuaca panas tapi tidak seteruk ini," katanya.
Katanya, madu kelulut yang dihasilkannya bukan sahaja dijual di kawasan sekitar tetapi turut dieksport ke luar negara.
"Sejak kelulut mati, saya terpaksa membeli madu kelulut daripada pengusaha lain bagi memastikan bekalan untuk dihantar ke China tidak terputus," katanya.
Sumber: Sinar Harian