8 Buah Bas Rapid KL Rentung Dalam Kebakaran

BAS yang musnah dalam kebakaran.
KAJANG – Lapan bas diletakkan di depoh bas Rapid KL di Cheras Selatan di sini musnah dalam kebakaran, 11.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan mendatangkan kecederaan kepada orang awam.

“Pihak bomba tiba pada 11.47 malam dan mendapati lapan bas musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat bahagian forensik bomba dan jumlah kerugian sedang ditafsirkan.

Difahamkan pihak polis turut dimaklumkan mengenai kejadian kebakaran itu untuk menyiasat sekiranya wujud unsur jenayah.

Sumber: myMetro