Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Sebanyak 83 kehadiran kapal milik China dan 74 kapal negara asing lain dikesan berada di luar 12 batu nautika dari pantai perairan Malaysia sejak lima tahun lalu.
Bagaimanapun Kementerian Pertahanan berkata, kapal-kapal tersebut dikesan bukan menceroboh kerana berada di luar kawasan perairan negara.
"Sekiranya kapal tentera laut asing dikesan berada di perairan Malaysia, ia akan dipantau oleh kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia dan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong).
Kementerian Pertahanan juga menyatakan tindakan bantahan diplomatik juga akan dibuat kepada negara berkenaan sekiranya kapal-kapal mereka tidak melalui pelayaran yang betul atau mencurigakan.
Sumber: mStar