AADC2: Dian Enggan Ulas Aksi Panas, Takut Jejas Mood Penonton

Dian Sastrowardoyo
KISAH asmara Cinta dan Rangga kembali bergelojak dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) selepas 14 tahun. Filem yang akan menemui penonton bermula Khamis ini menampilkan hero dan heroin terhebat mereka iaitu Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra.

Kisah percintaan antara Rangga dan Cinta merupakan daya utama tarikan drama ini. Seperti filem AADC1, yang menampilkan adegan cium antara dua watak utama ini menjadi penantian peminat drama ini.

Menurut sebuah portal Indonesia, AADC2 lebih banyak menampilkan adegan antara Rangga dan Cinta bercumbuan berbeza dengan pula sewaktu filem AADC1.

“Banyak. Saya sampai lupa,” ucap Riri Riza, sutradara AADC 2, semasa sidang media filem itu baru-baru ini di Indonesia.

Nicholas Saputra
Namun Dian Sastro enggan mengulas mengenai adegan itu kerana akan menjejaskan mood peminat-peminat filem itu sekiranya diberitahu.

Manakala Nicholas pula mengiakan bahawa dia melakukan adegan itu bersama Dian kerana baginya adegan tersebut sama seperti adegan lain dalam filem yang memerlukan profesionalisme seorang pelakon untuk menjayakannya.

Namun menurut Dian kepada sebuah blog hiburan, adegan bercumbu antara Rangga dan Cinta tidak akan ditayangkan sepenuhnya dalam versi Malaysia.

Sekiranya peminat-peminat yang ingin melihat adegan romantis AADC2 versi penuh mereka haruslah datang ke Jakarta. -Kedahnews.com