PELAKON ternama Bollywood, Karisma Kapoor dan suaminya, Sunjay Kapur akhirnya bersetuju untuk menamatkan persengketaan mereka sekali gus bercerai setelah mencapai persetujuan.
Persetujuan itu dibuat di Mahkamah Agung India selepas masing-masing mencapai persefahaman berhubung aspek kewangan.
Karisma juga mendapat hak jagaan dua cahaya mata mereka, Samaira dan Kiaan.
Sementara itu, Karisma yang juga merupakan kakak pelakon, Kareena Kapoor telah menarik balik kes keganasan rumah tangga yang pernah difailkan terhadap suaminya berikutan telah mendapat kesepakatan.
Karisma mendirikan rumah tangga dengan Sunjay yang merupakan seorang usahawan pada tahun 2003.
Rumah tangga pasangan ini dilaporkan retak menanti belah sejak tahun 2014 apabila masing-masing sudah tidak sefahaman dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Antaranya, Sunjay mendakwa Karisma berkahwin dengan kerana wang dan tidak benar-benar mencintainya. Manakala, Karisma menuduh suaminya berlaku curang.
Susulan itu, mahkamah meminta pasangan itu menyelesaikan perbalahan mereka secara baik. – Kedahnews.com