JIKA diperhatikan semakin ramai orang di luar sana suka ‘memviralkan’ sesuatu perkara itu menerusi laman sosial tanpa menyelidiki kesahihan cerita sebenarnya terlebih dahulu.
Seorang pengguna Faceobok, Hafidz Abdul Rahman yang dah jelak dengan terma ‘kasi viral’ ni, akhirnya meluahkan pendapatnya berhubung hal tersebut dalam satu postingnya baru-baru ini.
Mengambil contoh posting seseorang mengenai kisah seorang wanita yang disembur mukanya dengan kopi oleh isteri kekasihnya dalam satu insiden di Singapura baru-baru ini, Hafidz menulis:
“Inilah penyakit Melayu. Aku marah betul dengan segala benda yang hendak dijadikan ‘viral’. Ko fikir ko siapa? Aku betul-betul bengang dengan benda ‘kasi viral, kasi viral, kasi viral! ni.
“Ko letak muka orang dalam media sosial, apa tujuannya, ko nak orang ramai sama-sama kutuk dia ke? Jantannya mana? Skandal dan kecurangan takkan terjadi kalau bertepuk sebelah tangan.
“Kalau jantan tak melayan, tak terjadi,” luahnya.
Ada betulnya cakap lelaki tersebut.
Di zaman ini, orang laju nak "share" atau menulis hal-hal supaya menjadi viral tanpa memikirkan baik buruk sesuatu posting mereka itu terhadap maruah orang yang terlibat.
Mungkin kita boleh ambil masa sejenak untuk merenung penulisan Hafidz agar dapat dijadikan panduan sebelum menulis sesuatu posting ‘mohon/kasi/tolong viral’ di laman sosial masing-masing. –Kedahnews.com