Mokhtar menunjukkan besi yang semakin berkarat dan rosak. |
KULIM - Penduduk di Taman Sri Pinang, di sini menggesa pihak bertanggungjawab membaik pulih segera peralatan riadah di taman permainan yang menjadi tumpuan kanak-kanak di kawasan itu.
Penduduk, Ramlah Mat Ali, 33, berkata, peralatan permainan di kawasan itu tidak pernah diselenggarakan dan dibaik pulih lebih lima tahun lalu.
"Alat permainan di sini semua dah berkarat dan rosak.Kawasan ini pula memang jadi tumpuan kanak-kanak beriadah di waktu petang," katanya.
Menurutnya, kanak-kanak yang bermain di situ juga sering mengalami luka akibat terpegang besi karat dan rosak.
"Nak larang pun susah sebab tempat ini saja mereka dapat main.
"Saya bimbang terjadi perkara lebih buruk kepada kanak-kanak di sini. Sebab itu kami harap ia dapat dibaik pulih dan dibina alatan baru," katanya.
Mokhtar Saad, 59, berkata, tiang gol di taman permainan di situ juga perlu diganti segera kerana ia makin reput selain mengundang bahaya.
"Kadang-kadang ada budak bergayut pada tiang. Kalau ada yang nampak boleh ditegur, kalau dah patah mesti mereka juga susah.
"Jadi kami di sini memang harapkan sangat agar peralatan permainan di sini diganti baru," katanya.
Rosli Ghazali, 43, pula berkata, dia sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab namun respons yang diberikan amat mengecewakan.
"Baru-baru ini saya minta mereka semak semula aduan dan permohonan penduduk untuk baik pulih kawasan taman permainan di sini, tapi mereka kata tak ada peruntukan.
"Kami harap mereka tak pandang remeh masalah ini kerana ia akan beri ancaman keselamatan kepada kanak-kanak," katanya.
Sumber: Sinar Harian