BAGI pencinta kucing, mesti mereka ‘jealous habis’ dengan apa yang dimiliki oleh pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri.
Figura yang sinonim dengan tagline, ‘Terlajak Laris’ ini telah membeli seekor kucing yang jarang dijumpai dan mempunyai rupa seakan-akan harimau.
Bagaimanapun, anda pasti terkejut dengan nilai kucing ini kerana harganya hampir menyamai sebuah kereta.
Menurut Aliff menerusi laman Instagram, kucing spesies Serval Cat tersebut dibeli dengan harga RM30,000.
Jelas Aliff, minat untuk membeli kucing baka itu timbul selepas melihat Sultan Terengganu menyukainya.
Difahamkan, kucing yang diberi nama Dodi ini baru berusia tiga bulan dan mempunyai saiz empat kali ganda daripada kucing biasa.
Kucing baka ini juga dikatakan tidak makan ikan sebaliknya hanya menjamah ayam dan daging. -Kedahnews.com