Kalaichelvi Nadarajan |
Seorang ibu kepada seorang murid darjah 5 dilaporkan membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana anaknya tidak dipilih sebagai ketua pengawas.
Kalaichelvi Nadarajan dikatakan tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan ketua pengawas di sekolah anaknya dan mempertikaikan mengapa calon lain dipilih menyandang jawatan tersebut berbanding anaknya.
“Anak saya berusaha dan bekerja keras, dia menunjukkan pencapaian di atas tahap purata dalam program akademik dan ko-kurikulum. Dia juga berada di kedudukan teratas dalam lembaga pengawas tahun lalu.
“Apabila dia tidak terpilih sebagai ketua pengawas pada tahun ini tiada siapa yang boleh memberitahu kepada saya mengapa pelajar lain yang dipilih,” ujarnya.
Susulan laporan tersebut Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Akademik Sekolah Sri KDU, Kota Damansara AK Chan berkata, pemilihan yang dilakukan oleh jawatankuasa di sekolah itu berdasarkan daripada keseluruhan proses pemilihan yang dilakukan.
Tambahnya, pemilihan tersebut turut mengambil kira tahap kematangan pelajar, kesabaran, komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas pada tahun lepas. -Kedahnews.com