Gambar Hiasan |
PUTRAJAYA – Seekor tapir jantan seberat 11 kilogram selamat dilahirkan di Nagasaki Biopark, Jepun pada 14 Mac menerusi Program Konservasi Tapir Malaya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tapir jantan yang dilahirkan melalui pasangan Im dan Bertam, dihantar ke Nagasaki Biopark pada 4 Disember tahun lepas.
“Suatu perjanjian Program Konservasi Tapir Malaya antara Malaysia dan Jepun ditandatangani pada 13 Oktober 2015 di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya.
"Pasangan Tapir Malaya, Im dan Bertam, dihantar ke Jepun bagi tempoh 10 tahun (2015-2025) di bawah perjanjian Program Konservasi Tapir Malaya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut perjanjian itu, katanya, pasangan Tapir Malaya tersebut serta mana-mana anak yang lahir melalui pembiakan pasangan ini merupakan hak milik kerajaan Malaysia.
Wan Junaidi berkata Nagasaki Biopark yang merupakan entiti bertanggungjawab untuk memastikan penjagaan dan rawatan terbaik terhadap Tapir Malaya di bawah jagaannya melalui syarat-syarat dimeterai di dalam perjanjian itu.
“Buat masa ini tiada sebarang perancangan untuk meminta anak tapir tersebut dihantar balik ke Malaysia dalam tempoh tersebut.
“Di bawah perjanjian ini juga pihak Biopark perlu menghantar laporan tahunan pemeriksaan, penjagaan dan kesihatan Tapir Malaya di bawah jagaan mereka,” katanya.
Wan Junaidi berkata program konservasi itu dipantau Jabatan Perhilitan bagi pihak kerajaan Malaysia dan dijangka memberi manfaat kepada kedua-dua negara dari segi usaha konservasi hidupan liar, pembangunan kepakaran kakitangan, penyelidikan dan hubungan diplomatik antara dua negara.
Tapir Malaya merupakan spesies tapir yang terbesar antara empat spesies tapir dunia dan satu-satunya spesies yang berwarna hitam-putih.
Spesies hidupan liar yang terancam itu dianggarkan sekitar 1,100 hingga 1,500 ekor dan ia hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia. – BERNAMA