Anggota Komando Cuba Dibunuh Dipercayai Kerana Perempuan

LOKASI anggota komando (gambar kecil) ditemui Ahad lalu. FOTO Hassan Omar/myMetro
MELAKA – Kes cubaan membunuh anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Terendak dipercayai bermotifkan wanita bagaimanapun sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kesemua suspek dipercayai terbabit dengan insiden berkenaan bagaimanapun mereka sudah melarikan diri.

“Kita sudah mengesan empat suspek, kesemua berusia 30-an dan dipercayai ada di antara mereka juga anggota tentera bertugas di kem sama dengan mangsa.

“Kami meminta suspek supaya segera menyerahkan diri,” katanya.

Ramli berkata, usaha mengesan kesemua suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen307 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi Ahad lalu, Koperal Mohd Daud Karim, 26, parah di muka dengan tangan kanan serta digari pada kaki kiri selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan.

Sumber: myMetro