SOALAN: Adakah harus kita banyak berpuasa pada bulan Rejab? Banyak cakap-cakap bahawa hadis kelebihan Rejab merupakan hadis palsu.
JAWAPAN:
Dalam al-Quran, bulan Rejab adalah bulan yang mulia. Nas al-Quran menjelaskan bahawa bilangan bulan ialah 12 dan empat daripadanya disebut sebagai bulan haram. Bulan haram ialah bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Ini bermaksud bahawa bulan Rejab adalah bulan yang mulia.
Memang diperakui bahawa terdapat perbezaan pendapat yang agak kuat dalam menentukan kesahihan hadis bulan Rejab. Ada ulama yang menerima dan menolaknya. Isu ini wajar dipelajari dalam bidang ilmu hadis kerana janganlah kita menyandarkan sesuatu kepada Nabi Muhammad SAW tanpa ilmu yang sewajarnya.
Adapun dalam aspek berpuasa, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang Muslim banyak berpuasa pada bulan Rejab. Ini kerana ia bukanlah bulan yang ditegah untuk berpuasa. Maka terserah kepada seseorang Muslim untuk berpuasa atau tidak.
Puasa adalah amalan yang baik dan ganjaran pahalanya tidak terhad. Hanya Allah SWT yang dapat membalas pahala bagi Muslim yang berpuasa.
Sumber: Utusan