Seorang penumpang Air Asia terkejut apabila menjumpai bangkai seekor cicak dalam nasi lemak yang sedang dijamahnya.
Kejadian pada 27 Mac lalu ini, dilaporkan berlaku dalam pesawat AirAsia AK 5352 yang dalam perjalanan ke Kuching, Sarawak.
Lebih menyedihkan, gara-gara insiden itu, penumpang yang dikenali sebagai Abbas Waseem, 27, ini mengalami keracunan makanan dan terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lubok Antu.
Susulan itu, Abbas yang merupakan warga Pakistan telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Menurut laporan polisnya, Abbas mendakwa dia telah memaklumkan ‘penemuan’ itu kepada pramugara. Bagaimanapun, pramugara tersebut minta dia memberikan bekas nasi lemak itu untuk ditukarkan kepada makanan yang baharu namun dia enggan.
Gambar penemuan bangkai cicak dalam nasi lemak itu kini tersebar di laman sosial.
Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan pihak penerbangan Air Asia 100 peratus kerana makanan yang dijual disediakan oleh katering yang telah diamanahkan.
Nasi Lemak Air Asia atau nama sebenarnya Nasi Lemak Pak Nassier sememangnya sangat popular dalam kalangan penumpang setia AirAsia kerana rasanya yang enak dan berlemak.
Nasi lemak ini dijual dengan harga RM 15, namun jika membuat tempahan online adalah RM 12. –Kedahnews.com