Caliph Buskers Sangkal Fitnah Konon KRU Bayar Murah

Caliph Buskers
VOKALIS kumpulan Caliph Buskers, Azmi tampil menjelaskan khabar angin yang mendakwa bahawa pihak KRU Music memberikan bayaran yang tidak berpatutan kepada kumpulan mereka sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati.

“Saya terkejut juga bila dengar gosip kami menerima bayaran RM800 seorang dari KRU sedangkan kami bergerak sendiri bukan di bawah pengurusan KRU Music.

“Tidak timbul isu tidak berpuas hati dengan bayaran yang KRU berikan selepas setiap kali persembahan.

“Biasanya jika kami menerima tawaran daripada syarikat KRU, kami akan bertanya dahulu berapa bayaran yang ditawarkan.

“Segala pembayaran yang dibayar oleh mereka merupakan persetujuan dari kami” jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, harga yang ditetapkan merupakan persetujuan dari kedua belah pihak.

Jadi isu mereka hanya dibayar RM800 oleh syarikat KRU pada setiap persembahan adalah tidak benar. –Kedahnews.com