Cikgu Det Tidak Sanggup Lihat Anak Pirdaus Tercicir Sekolah


ALOR SETAR - Menyelami kepayahan Mohd Pirdaus Azizan sekeluarga yang dihimpit kemiskinan, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya turun padang membantu urusan persekolahan anaknya.

Mahdzir dalam kenyataannya menegaskan tentang keperluan persekolahan anak Mohd Pirdaus yang tidak wajar dibiarkan tercicir dari menikmati pendidikan negara dan perlu pembelaan serta perhatian segera dari pihak berkenaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid
"Saya sudah meminta agar JPN Pulau Pinang membantu memudahkan urusan pendaftaran persekolahan anak-anak beliau yg belum bersekolah serta menyediakan bantuan lain yang sewajarnya. Dan dimaklumkan bahawa JPN dan PPD mengesan keluarga ini untuk susulan.

"Kita tidak mahu ada kanak-kanak yang tercicir dalam pendidikan negara," kata Mahdzir di laman rasmi Facebooknya.

Difahamkan, Mohd Pirdaus memiliki mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan, di mana nnak perempuannya yang berusia tujuh tahun masih belum ke sekolah dan dua anak lelaki berusia empat dan dua tahun yang tinggal bersama isterinya yang sakit.


Mahdzir kini berada di luar negara bagi menghadiri program "UNESCO - ISTIC One Day Event – Embracing The Future: Improving Quality of Science Instruction in Schools" yang diadakan pada 4 hingga 10 April ini.

Biarpun berada beribu kilometer di luar negara, namun Mahdzir yang turut dikenali sebagai "Cikgu Det" itu masih lagi sempat mengikuti perkembangan semasa dan mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia, khususnya yang kurang berkemampuan. -Kedahnews.com