Demi Cinta Pada Suami, Raja Azmi Berhenti Merokok


TAHNIAH diucapkan kepada penerbit terkenal Raja Azmi kerana berjaya berhenti merokok sejak lima minggu lalu.

Menurut Raja Azmi, dia mengambil langkah drastik untuk berhenti merokok kerana mahu menjaga kesihatan dan demi cintanya kepada suami, Eddie Ghazali.

“Alhamdulillah, tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad.

“Janji saya untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan Eddie yang menguatkan semangat,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.


Tambahnya, suami gembira akan perubahan dirinya dan turut mengambil langkah mengurangkan bilangan rokok yang diambil.

“Eddie mengurangkan rokok daripada dua kotak sehari kepada sekotak sehari. Itu satu langkah yang bagus dan perlahan-lahan, saya percaya dia juga boleh berhenti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Azmi yang baru dua bulan kembali mendirikan rumah tangga turut mendedahkan perkahwinan kali kedua dengan Eddie ini banyak mengajarnya erti berkasih sayang dan hormat menghormati. –Kedahnews.com