Mira Filzah |
Walau bagaimanapun, Mira Filzah yang memakai pakaian itu dalam satu sesi penggambaran menyifatkan perkara tersebut sebagai satu bahan jenaka dan lucu serta dia tidak berasa apa-apa dengan ejekan dan usikan yang dilemparkan kepadanya.
“Baju itu saya pakai untuk menjayakan sesi fotografi bagi sebuah majalah dan baju itu disediakan sendiri oleh pihak wartawa media berkenaan.
“Sebenarnya kalau diamati, baju itu sangat cantik, tak sangka pula ada corak yang sama dengan kain langsir,” katanya kepada media.
Meskipun dikritik, Mira Filzah tidak berkecil hati dengan ejekan peminat tersebut dan menjelaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati untuk mengenakan pakaian pada masa yang akan datang.
“Lucu pula bila ada yang membandingkan baju itu dengan langsir tetapi saya tidaklah berasa malu atau kecil hati dengan pertandingan tersebut. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dengan menggayakan setiap baju”. -Kedahnews.com