Dilwale Menang Anugerah Filem Paling Teruk Di India


JIKA di Malaysia, filem Dilwale gandingan bintang Bollywood Shah Rukh Khan dan Kajol tidak putus-putus dipuji, namun lain pula ceritanya di India.

Ini kerana filem ini telah menerima gelaran ‘Filem Paling Te­ruk’ menerusi Anugerah Golden Kela kali ke-8 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Anugerah Golden Kela ini menyerupai Anugerah Razzie di Hollywood, yang mengumumkan hasil karya dan lakonan paling tidak memberangsangkan di pawa­gam Hindi.

Filem ini dinobatkan gelaran tersebut sekali gus me­ngetepikan empat lagi filem lain yang dicalonkan ­iaitu Bombay Velvet, Shaandaar, Tevar dan Singh is Bling.


Akhbar tempatan sebelum ini pernah melaporkan, filem ini gagal mendapat kutipan pecah panggung di India berbanding negara-negara lain.

Antara faktor Dilwale gagal di pawagam kerana petani di Maharashtra mengambil keputusan memboikot filem tersebut susulan Shah Rukh Khan tidak menghulurkan sebarang bantuan kewangan sewaktu mereka melalui musim kemarau yang teruk.

Selain dinobat sebagai filem terburuk, lagu runutnya iaitu Gerua nyanyian Arjit Singht turut dipilih menerima Anugerah Khas Sangh Parivaar.


Sementara itu, filem Prem Ratan Dhan Payome menerima gelaran terbanyak dalam anugerah tersebut termasuklah Pengarah Paling Teruk (Sooraj Barjatya), Pelakon Wanita Paling Teruk (Sonam Kapoor) dan Lagu Paling Menjengkelkan.

Pelakon kacak Sooraj Pancholi yang membintangi filem Hero pula digelar sebagai Pelakon Lelaki Paling Teruk tahun ini. –Kedahnews.com