Dituduh "Kerek", Izreen Azminda "Melenting" Di Instagram

Izreen Azminda
Pelakon wanita yang kian menyerlah bakat nyanyiannya dalam program Gempak Superstars, Izreen Azminda meluahkan perasaan "bengang" apabila dituduh sombong oleh salah seorang pengikut di laman sosial Instagram miliknya.

Izreen kemudiannya membuat rakaman skrin (screen shot) tulisan peminat itu yang kemudiannya dimuat naik di Instagramnya.

Panjang lebar menulis, Izreen memberikan pandangan mengenai dakwaan daripada individu tersebut yang mendakwa dirinya sebagai "kerek" dan "sombong".

“Wow, cik, puan, puan sri, datin sri, datin paduka atau dato jangan cakap sebarangan tau. Tak baik, saya rasa saya salah seorg anak seni dalam beribu-ribu yang ada dalam Malaysia ni yang terpaling la susahnya nak tolak atau kata tak boleh kalau ada peminat nak ajak amik gambar ke, bertegur ke, memang jarang jadilah, apatah lagi nak condemn atau marah peminat.

“Rasanya kawan-kawan, orang-orang tempat kerja, ataupun orang luar yang kenal dan pernah jumpa saya ni, belum lagi saya dengara diorang kata saya kerek.

“Kalau gila-gila, cakap banyka tu dah memang selalu dengar, kerek tu belum lagi. Awak kena ingat eh, artis manusia jugak tau. Bukan sejenis alien yang turun dari dunia lain nak senyum sampai telinga 24 jam yang tak pasal-pasal.

“Sesiapa je kalo jumpa tegur mcm biasa. Saya okay sahaja. Kadang-kadang boleh siap bersembang lagi kalau saya tak rushing. Jadi jangan nak timbulkan cerita yang memang tak best langsung nak dibaca tengah hari panas ni, apa kata pergi beli aiskrim ke, pergi berenang ke atau pergi tidur dari dok cari pasal tak pasal-pasal ni,” tulisnya.

Bagaimanapun, "latahan" Izreen itu dibidas kembali oleh salah seorang pengguna instagramnya.

"Wow..bila org pulang blk paku buah keras hang touching..tp hang komen smpi 3 kali kat wall dia hang ingat dia x touching..sape yg start dl..bila dah kena pandai plak hang cuak..blah la pompuan..x suka x yah follow...xyah komen..hang x sakit hati.dia pun tenang menjalani kehidupan dia..bagus Izreen..org mcm nie hang kena ajaq..x yah nak sabaq sgt na..," tulis pemilik akaun instagram, zurainibintimd. -Kedahnews.com


Wow..cik..puan..puan sri..datin sri..datin paduka..or dato 👆👆👆 jgn cakap sebarangan taw..tak baik..saya rasa saya salah seorg anak seni dalam beribu2 yg ada dalam msia ni yg terpalingggggg la susahnya nk tolak atau kata tak boleh kalo ada peminat nk ajak amik gambar ker..bertegur ker..mmg jarang jadi lah..apatah lagi nk kondem or marah peminat..rasanya kwn2..org2 tempat kerja..ataupun org luar yg kenal n penah jumpa saya ni..belum lagi saya dengar diaorg kata saya kerek..kalo gila2 cakap byk tu dah mmg selalu dengar..kerek tu belum lagi...awak kena ingat eh..artis manusia jugak taw..bukan sejenis alien yg turun dari dunia lain nk senyum smpi telinga 24jam yg tak pasal2... Sesapa jer kalo jumpa tegur mcm biasa..saya okay shj..kadang2 boleh siap bersembang lagi kalo saya tak rushing..jd jgn nk timbulkan cerita yg mmg tk best langsung nk dibaca tengah hari panas ni...apa kata pi beli aiskrim ka..pi swimming ka..atau pi tdoq sj dari dok cari pasai tak pasai2 ni..🍦🍰🍧🍭✌️
A photo posted by izreenazminda (@izreenazminda) on