Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi |
Pada minggu lalu, Nursuhaila yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natasya Holdings telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari di Penjara Kajang, Selangor selepas Jimmy menfailkan perintah komital.
Susulan itu, keluarga Nursuhaila telah mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa Jimmy adalah bapa yang tidak bertanggugjawab malah tidak pernah memberi nafkah anak.
Bagi menjawab persoalan peminatnya, Jimmy menerusi laman Instagramnya baru-baru ini memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan resit pemindahan wang yang disimpan rapi dalam fail sebagai bukti yang dia pernah menghantar wang belanja atau nafkah untuk anaknya.
“Wahai anakku, jangan main dengan slip bank tu, penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duduk sesama pun dan nafkah kakak. Dari bulan Oktober 2010 sampailah ke April 2016 ni tak pernah lagi tercicir walaupun sebulan.
“Daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah orang berada beri sekadar mampu tapi yang penting beringat dan lebih dari satu sen,” tulis Jimmy Shanley.
Menurut Jimmy, nombor akaun itu diterima daripada bekas ibu mentuanya sendiri selepas beberapa minggu berkahwin.
Semoga penjelasan Jimmy berkenaan nafkah ini dapat memuaskan hati peminat-peminatnya.
Jimmy dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010, namun sah bercerai pada Oktober 2012.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan yang bernama Zahrah Rania. –Kedahnews.com