FENOMENA Dr. Zakir Naik akan berterusan di TV Al Hijrah pada setiap Rabu, 10.30 malam mulai 20 April ini.
Program Tonight With Zakir Naik yang bersiaran selama 60 minit, khas menyiarkan ceramah Dr. Zakir Naik yang menyentuh pelbagai isu berkaitan Islam.
Siaran koloborasi TV Al Hijrah dengan Peace TV, United Kingdom ini dilihat mampu melengkapkan lagi usaha meningkatkan tahap kefahaman umat Islam dan bukan Islam mengenai Islam di negara ini.
Peace TV kini memiliki akses kepada 60 juta penonton di lebih 40 negara. Di negara ini, TV Al Hijrah membentuk kerjasama dakwah dengan Peace TV bagi meluaskan lagi perkongsian ilmu dalam konteks debat ilmiah serta naratif sains yg menjadi kekuatan Dr. Zakir hingga diangkat sebagai pendebat ulung Islam.
Selain aktif memenuhi 4000 undangan ceramah dalam senarai jadual kerjanya, Dr. Zakir yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 2013 turut dihormati kerana usaha gigihnya melahirkan ramai protege debat setaraf dengannya dalam usaha menyampaikan dakwah Islam secara ilmiah dan konklusif.
Dr. Zakir telah mencetuskan kelangsungan fenomena pendakwahan Islam melalui pencerahan akademik dan perbandingan agama yang dilegasikan pendakwah terkenal dan mentornya, Ahmad Deedat.
Anak kelahiran Mumbai India ini berkelulusan Sarjana Perubatan dan Bedah Universiti Mumbai.
Selain popular melalui Peace TV, ceramah Dr. Zakir secara keseluruhannya sudah ditonton lebih 250 juta kali di media YouTube serta menjadi perkongsian popular di pelbagai platform ruang bual sosial media baharu.
Kemuncak fenomena populariti Dr. Zakir jelas dapat dilihat apabila lebih 100 ribu penonton hadir menyaksikan 5 siri ceramah beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur baru-baru ini. –Kedahnews.com