Muhammad Najmuddin dan Mahmud Osmani (kiri) dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda untuk tujuan pencarian waris. |
MERBOK – Dua beradik berusia 14 dan 15 tahun didakwa ditinggalkan keluarga tiri sebelum diselamatkan orang awam berhampiran Tapak Arkeologi berdekatan Maktab Rendah Sains Mara, Merbok kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Faezah Nadiah Md Sairy berkata, kedua-dua beradik dikenali dengan nama Muhammad Najmuddin Isma Elyas dan Mahmud Osmani Isma Elyas dihantar orang awam ke Balai Polis Merbok sebaik sahaja ditemui.
Menurutnya, kedua-duanya mendakwa menaiki kenderaan bersama keluarga tiri sebelum singgah di sebuah stesen minyak pada jam 5 petang sebelum kejadian.
“Selepas masuk ke tandas di stesen minyak terbabit, mereka kembali ke kenderaan, namun kelibat ibu tiri tiada di situ,” katanya.
Berdasarkan maklumat, keluarga itu tinggal di Flat Taman Sejahtera, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, namun siasatan Pegawai Pelindung Seberang Prai Utara mendapati hanya ada sebuah blok di situ dan tiada sesiapa mengenali mereka.
Difahamkan kedua beradik itu bersama keluarga tiri dalam perjalanan ke rumah nenek tiri tetapi tidak diketahui lokasi sebenar.
Mereka bagaimanapun dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda untuk tujuan pencarian waris.
“Buat sementara waktu, mereka akan dihantar ke rumah kebajikan dan berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga waris mereka ditemui,” katanya.
Sumber: Sinar Harian