ALOR SETAR - Dua premis di Taman Bee Bee Park, Simpang Kuala dikenakan kompaun setelah Jabatan Kesihatan Kedah menemui tempat pembiakan aedes di dalam premis terbabit pada hari pertama Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes, kelmarin.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dalam pemeriksaan yang dilakukan di tiga lokaliti, iaitu Taman Bee Bee Park/Flat Simpang Kuala (Kota Setar), Taman Bersatu (Baling) dan Bandar Baru Beris Jaya (Sik) melibatkan 1,643 premis, lima tempat pembiakan aedes ditemui di luar pagar premis yang tidak diselenggarakan.
“Dua premis di Taman Bee Bee Park dikesan mempunyai tempat pembiakan aedes dikenakan kompaun RM500. Sebanyak 825 premis diperiksa dan kita menemui tujuh pembiakan aedes,” katanya.
Menurutnya, ketika pemeriksaan dijalankan, sebanyak 16 bekas dibubuh abate dan sebanyak 66 bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes dimusnahkan.
“Bagaimana pun, 818 premis tidak dapat dimasuki kerana tiada penghuni semasa operasi dijalankan,” katanya.
Dr Norhizan berkata, operasi itu melibatkan 380 anggota Jabatan Kesihatan Kedah menggempur 51 kawasan berisiko di seluruh negeri ini melibatkan 52,990 rumah.
“Bermula Januari hingga 9 April, 276 kes demam denggi dilaporkan di negeri ini, iaitu peningkatan sebanyak dua kes berbanding tempoh sama tahun 2015,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dalam pemeriksaan yang dilakukan di tiga lokaliti, iaitu Taman Bee Bee Park/Flat Simpang Kuala (Kota Setar), Taman Bersatu (Baling) dan Bandar Baru Beris Jaya (Sik) melibatkan 1,643 premis, lima tempat pembiakan aedes ditemui di luar pagar premis yang tidak diselenggarakan.
“Dua premis di Taman Bee Bee Park dikesan mempunyai tempat pembiakan aedes dikenakan kompaun RM500. Sebanyak 825 premis diperiksa dan kita menemui tujuh pembiakan aedes,” katanya.
Dr Norhizan memeriksa bekas air di sebuah premis. |