Seorang lelaki, Xulhaz Mannan, yang berkerja sebagai editor majalah di Dhaka Bangladesh mati ditetak semalam kerana menyokong hubungan sejenis seperti gay, lesbian dan dua hala (LGBT).
Dalam serangan tersebut, rakannya Tanay Mojumdar juga maut setelah mereka berdua diserang oleh seorang individu yang menyamar sebagai penghantar barang.
Xulhaz Mannan |
Kejadian malang pembunuhan dua sahabat itu disaksikan oleh ibu Xulhaz serta pembantu rumahnya.
Cabang Al-Qaeeda di Bangladesh, Ansal al-Islam telah mengakui menjadi dalang serangan tersebut dan telah memuat naiknya ke laman sosial milik pertubuhan mereka.
Amnesty International dan Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry telah mengecam tindakan kejam tersebut dan berkata bahawa kejadian itu tidak boleh digammabrkan dengan perkataan dan tidak boleh dimaafkan. -Kedahnews.com