Eksklusif: AWAS..!!! Phone Scam 03-2727 8731 Kembali Mengganas?


ALOR SETAR - Seorang pengadu menghubungi Kedahnews.com mendakwa dirinya menjadi mangsa buli menerusi telefon apabila dihubungi pihak tidak dikenali yang mengatakan mahu menghantar surat saman dan seolah mengugut untuk menyita rumahnya.

Menurut pengadu yang enggan mendedahkan namanya itu, dia telah dihubungi seorang lelaki yang menggunakan nombor talian 03-2727 8731 dan mengaku dirinya seorang "runner" yang mahu menghantar surat saman kepada pengadu.

Lelaki yang dipercayai berbangsa India itu membacakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumah pengadu untuk pengesahan menghantar surat saman tersebut.

Mencurigakan pengadu, lelaki tersebut mendakwa surat saman yang mahu dihantar itu turut mengatakan rumah pengadu akan dipantau dan disita sekiranya telah dikenal pasti, dipercayai kerana hutang tertunggak pengadu berkenaan.

Menariknya, pengadu baru saja selesai membayar hutang sewa beli kenderaan kira-kira 5 bulan lalu, tidak memiliki kad kredit, tiada hutang PTPTN, tidak pernah memohon pinjaman pembiayaan peribadi dan cuma memiliki hutang rumah yang dibayar lancar mengikut jadual.

"Saya hanya ada loan rumah je.. tu pun saya bayar setiap bulan. Tak pernah gagal. Peliknya, saya memang dah clear semua hutang. Nak kata beli ansuran mudah Court Mammoth pun tak pernah.

"Nak kata buat jenayah, tak pernah pulak. Nak kata hutang tertunggak, semua lancar. Saya yakin sebab semua hutang kecil dah langsai, hutan kereta baru je selesai 5 bulan lalu, yang tinggal hutang rumah je.

"Jadi apa kes runner tu sampai nak sita rumah saya. Tiba-tiba je hati saya panas.. risau pun ada. Memang ganggu emosi. Serba tak kena dibuatnya," jelas pengadu kepada Kedahnews.com pagi tadi.

Niat untuk membantu pengadu membuat kami mencari identiti nombor telefon 03-2727 8731 di laman internet "whocallsme.com", yang terkenal sering memberi "jawapan" yang hampir tepat tentang pemanggil yang menggunakan talian telefon di Malaysia.

Rupa-rupanya, nombor telefon berkenaan sangat "terkenal" di laman berkenaan di mana majoriti pengguna mendakwa mereka turut pernah "terkena" oleh pemanggil dari nombor tersebut.

Berikut di bawah adalah beberapa petikan aduan pengguna di laman tersebut mengenai 03-2727 8731;

"Received a call from a lady claiming from Mahkamah Jalan Duta. saying there is a civil filing ready to proceed. double check with mahkamah duta website and their number is not correct.. this is a scam number. added to rejected list." - Razz

"I also got the call from this number and claim from mahkamah jln duta. I think this no 01121308614 and 0189647045 are related. The first no is acting as a lawyer. The second number acting like a person from mahkamah to come over to my house to tampal notis." - Cipu

"Received call fr this number,inform dia drpd lim & associates,kita cakap nicely dgn dia tp dia tinggi suara dn kita. Bagitau yg my file nak dihantar ke mahkamah and sekiranya tak bayar akan buat proses wss. A woman yg cakap tu very rude to me and also my husband..kami tahu kami ada hutang bank dan kami bukan lari taknak bayar tapi kalau kena bayar 1 shot memang la kami tak mampu..." - woman in the fire

"I'm also received calls from this number so many times. They use "Haji" title and act as a lawyer. I know this call is from debt collector, so i give so many excuses. I know we have a debt with a bank, but they cannot act so rude to collect payment. They need us to pay full amount to settle it..Crazy???. just ignore with this number.." - Tempered

"Received call from this number and all sort of various number from few state in malaysia. also one handphone number. same case, claim from mahkamah jalan duta, and threathen kata nak freeze bank aact and all. nak settle have to pay lump sum. claim to be lawyer. rupa2 nya zuri group of companies. debt collector for coway. jangan beli barang coway. barang rosak within few months guna, then ask them to come collect item x datang. senyap until we decided not to pay. after the 2 yrs contract habis, coway enggage this debt collector pretend as mahkamah people la, lawyer la...." - lily

"I pun kena juga dengan panggilan ni. memangla i ada baki kredit kas BSN...dia minta utk buat bayaran penuh (full sattlement).bila i kata tak mampu..dia kata akan bantu.. maybe dengan buat pinjaman koperasi. di kenalkan dengan somebody kata dari koperasi tapi bila i tengok potongan yang di buat untuk bayar kredit kad campor dengan bayaran lain amat tidak padan...perkataan mereka mereka dari jabatan peguam negara jalan duta pun ada sama.....i cuba juga utk settle benda tu.. but take time... so kawan yg lain berhati-hati...that lady call LINDA..dia kata dari unit aduan KPM Putrajaya...cakap dengan bahasa kasar...patut ke saya buat laporan polis..?" - mha/1262

"Yes confirm, this no belongs to Debt collector. I'll already make them headache for two months already.

"First they call me about my debs with MBB. They said they from MBB. They said I need to make a full settlement by give me a short period. I reply back to them, I'll already deal with another agencies, they said no valid because no letter approval regarding installment from the bank. I did paid some amount on that time, a day after, they request me not to make any payment until receive black and white from MBB.

"On second month, I receive a call again from this agency and still mention they are from MBB, and ask me to make full settlement as per promise. I reply back, I never promise anything, since no black and white from the bank also. The said, ok they will arrange the letter to me and they ask me how much I going to pay. Luckily, I'll aready attend AKPK seminar BNM, they say just pay the minimum amount consistently every month. They have no right to force you. I told that agency, I'll aready get advice from BNM, and BNM ask me not to provide any info to all those people. Thats why everytime we make payment to the bank to insist want to know how much and when, some of them request a bank slip. Remember this the way their want to collect their commission from the banks. I'm acting like I did not where they are come from, I give shoot to them silently, I said to them, I follow BNM advice, do not disponse anything, because I don't want to trust anybody and probably you also the same. Maybe you are right you are from MBB, but I also must think, you also probably from debt agencies. And I don't want that debt agencies had a free lunch from the deal.

"Today, they call me again, ask me about my payment to the MBB and still pretend the call from MBB, I reply them..done already, like usual they insists to know how much and when, I said if you are from the bank, the you might seen from the screen how much I paid. The said they will check and call me back if got any problem. Half an hour later, they call me back, can not seen the payment, I pay to which account? I said through the IBG systems. (internet banking). They ask again, how much? to which account. Then I scold her, I follow BNM advice, not to provide any info to anyone. That lady suddently not satisfied, then I shoot her, check with your bank la, you don't think I never know that you are from debt collector. Than she hang up the phone..." - anynomous

Menurut sumber pihak berkuasa, tindakan yang dilakukan oleh pemanggil berkenaan adalah bersalahan dari sudut perundangan dan mangsa boleh membuat aduan kepada pihak polis atas kejadian yang berlaku untuk tindakan susulan.

Kata sumber itu, walaupun panggilan tersebut dilakukan oleh syarikat pemungut hutang yang dilantik oleh bank, syarikat ansuran mudah dan pemiutang, adalah menjadi kesalahan jika mereka menggunakan cara mengugut serta mengganggu emosi mangsa.

Kami sedang menyiasat sama ada terdapat laporan polis pernah dibuat oleh mangsa terhadap nombor 03-2727-8731 dan tindakan susulan bagi kes tersebut sekiranya ada.

Nampanknya, 03-2727-8731 yang pernah menganiaya ramai mangsa sekitar 2003 dulu kini kembali "mengganas" mencari mangsa baru pada tahun 2016! -Kedahnews.com