KUALA LUMPUR- Sebanyak 1,700 buah pam dan 281 telaga tiub disediakan di kawasan pertanian di negeri yang terkesan akibat fenomena El Nino.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia adalah antara langkah proaktif bagi menghadapi kemungkinan tanaman padi, buah dan sayuran terjejas akibat cuaca panas yang dijangka berterusan sehingga bulan Jun ini.
“Selain itu, kita juga menjadualkan semula tanaman di beberapa kawasan subsektor yang terkesan kerana kita menjangkakan impak akibat cuaca panas kepada pesawah dan petani sebulan akan datang.
“Pam-pam disediakan untuk mengepam air ke sawah, manakala telaga tiub untuk kegunaan tanaman buah dan sayuran,” katanya di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan senator Engku Naimah Engku Taib mengenai kesan fenomena El Nino yang melanda negara dan langkah kerajaan bagi menangani fenomena itu agar tidak menjejaskan pengeluaran hasil pertanian negara.
Menjawab soalan tambahan Engku Naimah sama ada bekalan ayam dan daging terjejas akibat cuaca panas terutama menjelang bulan Ramadan, Ahmad Shabery berkata pihak kementerian telah melakukan persedian menghadapi keadaan itu.
“Untuk menghadapi bulan puasa, semua keperluan telah diatur yang bermula sekarang kadar penetasan ayam telah ditambah kerana akibat El Nino, lima hingga 10 peratus pengeluaran ayam akan berkurangan.
“Jika tidak mencukupi kita akan bersedia dengan langkah lain termasuk mengimport agar harga sentiasa dapat distabilkan,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementerian melihat perlunya kerjasama dengan pihak berkaitan untuk persediaan meramal sebarang bencana termasuk peningkatan suhu akibat El Nino.
Katanya kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran adalah perlu bagi berkongsi maklumat untuk berdepan dengan perubahan cuaca yang akan memberi impak kepada pengeluaran hasil pertanian negara.
“Ini tanggungjawab kita sebagai kerajaan. Ada bencana yang sukar kita ramal seperti banjir dan gempa bumi, tetapi El Nino boleh diramal.
“Oleh itu sudah tentu kerjasama ini penting bagi membolehkan kementerian merancang mekanisme tertentu bagi menghadapi kesan cuaca ini terhadap hasil pertanian negara,” katanya. – BERNAMA