El Nino: Awas! Ular Boleh Masuk Jamban, Panjat Tingkat 4

KEADAAN cuaca panas menyebabkan banyak reptilia mencari tempat yang sejuk untuk berlindung akibat fenomena El Nino yang sedang melanda negara ini.

Melalui perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Sharonng Eng Shan memuat naik beberapa keping gambar reptilia berbisa itu di dalam tandas.

Menurut Sharonng, gambar itu diperolehi daripada kawannya yang mengalami kejadian itu ketika hendak membuang ‘hajat’.

Lebih mengejutkan, kejadian tersebut dikatakan berlaku di tingkat 4 kediaman rakannya itu.


Reptilia itu dikatakan masuk ke dalam lubang tandas itu melalui saluran paip najis berkenaan.

Tambah Sharonng lagi, kawannya tu bertindak bijak apabila menuang air panas kedalam lubang tandas tersebut sebelum digunakan.

Tidak dapat dibayangkan sekiranya reptilia berbisa ini keluar ketika sedang ‘menunaikan hajat’. Peringatan kepada sesiapa sahaja yang ingin membuang hajat supaya beringat terlebih dahulu supaya perkara malang tidak berlaku.



Memang ngeri apabila mengenangkan ular berbisa itu boleh berada di dalam lubang jamban.

Fenomena El Nino ini menyebabkan banyak kejadian seumpama ini berlaku. Malah bukan sahaja ular yang mencari tempat yang sejuk untuk berlindung, malah terdapat juga kes melibatkan reptilia lain seperti biawak yang mencari tempat berlindung di kediaman orang awam.

Selain kes-kes diatas, cuaca panas yang berlaku menyebabkan reptilia ini bertindak agresif, terdapat juga kes-kes yang melibatkan serangan ular berlaku seperti kejadian adik Nuriey Nadhirah dan beberapa kejadian lagi. - Kedahnews.com