ALOR SETAR - Paras air Empangan Beris yang susut akibat fenomena El-Nino, tidak jejaskan operasi loji rawatan air di sepanjang Sungai Muda.
Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, ini kerana empangan itu tidak membekalkan air mentah secara langsung kepada loji rawatan air Sada, sebaliknya lebih berperanan sebagai takungan air.
“Sekiranya air mentah di Sungai Muda tidak mencecah paras dikehendaki, Sada akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuka pintu air Empangan Beris untuk salirkan air empangan ke sungai agar paras sungai kembali normal,” katanya.
Katanya, air mentah dari Empangan Beris dan Empangan Muda digunakan untuk tampung air sungai sebelum disalur ke loji rawatan seterusnya kepada pengguna.
“Dalam cuaca panas sehingga menyebabkan air empangan susut, atau jika Empangan Beris kering, pintu air Empangan Muda dibuka untuk tampung paras Sungai Muda. Disebabkan itu, tidak jejaskan bekalan air ke kawasan sekitar berikutan kedua-dua empangan itu diselaraskan bagi pastikan sumber air mentah mencukupi,” katanya.
Rofedi berkata, bagaimana pun, buat masa ini, semua loji rawatan air di sepanjang Sungai Muda beroperasi seperti biasa dan paras air sungai juga mencukupi.
“Air dari Empangan Beris itu hanya digunakan jika paras Sungai Muda berkurangan daripada paras normal. Ia lebih berperanan sebagai sokongan kepada Sungai Muda, untuk salurkan air takungan dan kekalkan paras air Sungai Muda, Sungai Kuala Ketil dan Sungai Jeniang pada paras dikehendaki,” katanya.
Menurutnya, loji rawatan air terakhir di sepanjang Sungai Muda adalah Loji Pinang Tunggal, berada pada paras 1.92, di mana paras berjaga-jaga adalah 1.5.
“Kebanyakan kawasan sekitar memperoleh bekalan air dirawat dari Loji Jeniang. Sehingga kini, Sada tidak berdepan masalah untuk bekalkan air mentah dari tiga sungai itu ke loji rawatan air kerana semua paras sungai normal,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, ini kerana empangan itu tidak membekalkan air mentah secara langsung kepada loji rawatan air Sada, sebaliknya lebih berperanan sebagai takungan air.
“Sekiranya air mentah di Sungai Muda tidak mencecah paras dikehendaki, Sada akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuka pintu air Empangan Beris untuk salirkan air empangan ke sungai agar paras sungai kembali normal,” katanya.
Paras air empangan yang menyusut sejak musim panas melanda utara. |