KULIM - Melihat telatahnya yang sering tersenyum apabila disapa, tiada siapa sangka Nur Akma Amali Rahman, 18, seorang penghidap Cerebral Palsy (CP).
Nur Akma tidak seperti gadis remaja seusianya yang lain, dia hanya mampu menggunakan lutut untuk bergerak.
Menurut ibunya, Sarina Hassan, 43, mereka hanya menyedari anak sulungnya itu mengalami gangguan pada saraf otak ketika berusia empat bulan.
“Siapa sangka anak pertama yang kita lahirkan akan hadapi masalah ini. Ketika berusia empat bulan saya mula menyedari tumbesaran Akma tak seperti bayi lain.
“Dia tak boleh merangkak dan hanya mampu baring dan bergolek. Jadi saya dan suami pergi dapatkan rawatan doktor dan dia disahkan hidap CP kerana kekurangan oksigen ketika lahir,” katanya.
Katanya, anugerah teristimewa itu tetap ditatang seperti minyak yang penuh, malah Nur Akma sudah didedahkan dengan dunia luar sejak kecil.
“Mungkin ada sesetengah ibu bapa malu apabila mempunyai anak sebegini atau kurang ilmu untuk mendidik ke jalan yang betul, jadi mereka 'sorok' di rumah.
“Tapi tidak bagi saya, sejak kecil saya akan bawa dia ke mana saja dan bergaul dengan orang ramai supaya dia tidak rasa rendah diri dan anggap dia juga seperti orang lain,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia dan suami juga tidak putus asa dan banyak berusaha mencari pelbagai jenis perubatan untuk merawat Nur Akma bagi memulihkannya.
“Cakap saja di mana ada pakar atau perubatan tradisional yang elok, pasti kami pergi. Akma perlu diurut setiap hari supaya dia mampu duduk tegak dan bergerak.
“Kalau tak urut ia akan beri kesan pada Akma. Akma juga tak mampu nak angkat benda berat, tapi saya bersyukur dia mampu uruskan dirinya sendiri malah sangat menjaga solatnya,” katanya.
Sekolah seperti biasa
Menurutnya, anaknya itu juga turut dihantar ke sekolah biasa seperti kanak-kanak normal lain, termasuk sekolah menengah dan kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di peringkat sijil.
“Saya hantar dia ke sekolah biasa sebab dia mampu berdikari sendiri. Walaupun dia agak lambat sikit daripada rakan-rakannya, namun saya bangga dia kuat semangat, cekal dan minat untuk belajar.
“Kalau mula-mula hantar ke sekolah dulu, dia pula yang suruh saya balik tak payah teman dia. Guru-guru pun selalu puji dia, rajin buat kerja sekolah, kadangkala saya terpaksa suruh dia tidur sekiranya jam cecah ke awal pagi,” katanya.
Tambahnya, selepas tamat tingkatan lima, Nur Akma berhasrat untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang perniagaan kerana ingin membantu ayahnya yang juga seorang penjual ayam selepas bersara daripada tentera.
“Dia selalu tanya boleh tak nak sambung belajar. Jadi saya pilih Kolej Komuniti Kulim kerana kedudukannya paling dekat dengan rumah dan tak perlu ada aktiviti luar, sesuai dengan kemampuannya.
“Kini Akma dah mula belajar dalam bidang perniagaan pada semester pertama dan berhasrat meneruskan pengajian di politeknik dalam bidang sama,” katanya.
Mahu bantu ayah
Menurut Nur Akma yang agak pelat pertuturannya, dia mahu belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membantu ayahnya mengembangkan perniagaan.
“Saya suka bidang ini, seronok. Saya nak bantu ayah nanti bila dah habis belajar dekat sini. Kalau keputusan elok saya nak sambung belajar lagi,” katanya.
Katanya, di kolej, sepupunya sering membantunya untuk bergerak menggunakan kerusi roda dan mempunyai ramai kawan.
“Saya tak rasa terasing, saya ramai kawan. Lagi pun sepupu saya dan kawan-kawan banyak tolong saya di sana,” katanya ceria.
Dalam pada itu, Pengarah Kolej Komuniti Kulim, Ruzita Md Yusoff berkata, pihaknya akan sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya walaupun mereka orang kurang upaya (OKU).
“Bagi saya keadaan fizikal seseorang bukan penghalang untuk berjaya dan bercita-cita tinggi. Kalau kita tengok di luar memang sudah ramai insan istimewa yang berjaya.
“Pihak kita akan sentiasa membantu dan memberi peluang kepada masyarakat dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada sesiapa saja yang ingin berjaya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian