Gambar Ini Buat Ramai Lelaki Teringin Nak "Sunat" Sekali Lagi?


SEKEPING gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terbaring dipercayai untuk menjalani prosedur berkhatan kini viral di media sosial.

Apa yang menjadikan gambar berkenaan begitu menarik hingga dikongsikan adalah aksi sekumpulan gadis jelita yang mengelilingi kanak-kanak berkenaan sambil beraksi ceria merakamkan kejadian tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis berkenaan adalah pelajar perubatan atau pelawat awam.

Namun ramai yang meluahkan perasaan kurang senang apabila gambar itu beredar di laman sosial kerana amalan berkhatan yang wajib ke atas lelaki Islam sepatutnya dijalankan dalam keadaan sulit dan tertutup.

Bagaimanapun, lebih ramai netizen terutama dari golongan kaum Adam didapati menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan lawak dengan memberi komen mereka pun mahu berkhatan semula jika begitu keadaannya. - Kedahnews.com