Gelar "Satan" Pada Dr. Zakir Naik, Ini Jawapan P Ramasamy


GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy mengakui menulis perkataan 'satan' di status Facebooknya yang merujuk kepada pendakwah Islam, Dr Zakir Naik.

Ramasamy dalam kenyataannya berkata, dia berasa kesal dengan tindakkannya itu sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya umat Islam di negara ini.

Menurutnya, dia memuat naik status itu di laman Fecabooknya pada Ahad lalu berikutan merasakan pendakwah dari India itu menimbulkan kebencian terhadap agama lain selain Islam.

Bagaimanapun, dia memadamkan perkataan 'satan' pada hari sama berikutan merasakan perkataan itu tidak sesuai digunakan.

"Saya dituduh sebagai anti Islam dan anti Muslim selepas status saya menjadi viral di media sosial. Perkataan itu bukan saya tujukan kepada agama Islam sebaliknya kepada seseorang.

"Saya sudah memadamkan perkataan itu kerana merasakan ianya tidak sesuai digunakan," katanya menerusi kenyataan medianya tadi.

Terdahulu, tindakan Adun Prai yang memuatnaik status Facebook bertulis perkataan 'satan' yang dirujuk kepada Zakir dilihat mendapat pelbagai reaksi masyarakat seluruh negara.