Gua Komunis di daerah ini akan diwartakan dibawah hutan simpan sebagai tapak pelancongan berdasarkan kepentingan sejarahnya semasa zaman penjajahan komunis. - Foto Bernama |
Pegawai Daerah Baling, Datuk Dzohir Md Zain berkata dengan pewartaan itu nanti diharapkan gua yang menjadi tempat perlindungan dan markas pasukan komunis ketika itu akan terus terpelihara.
"Penemuan gua ini yang merupakan kawasan strategik pengganas komunis untuk berlindung semasa era komunis di Baling.
"Gua Komunis ini sememangnya mempunyai kepentingan sejarah Malaysia, jadi sangat wajar ia diwartakan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
Beliau berkata pihaknya kini sudah selesai melakukan proses reka bentuk jalan atau laluan masuk untuk memudahkan lagi pelancong yang akan berkunjung ke Gua Komunis itu.
Katanya MDB berhasrat membuka laluan masuk Gua Komunis ini kepada orang awam untuk pelancongan sebagai tarikan terbaharu selain ekspedisi mendaki Gunung Baling.
"Oleh itu, kita sangat mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada pihak Kerajaan Persekutuan dalam usaha melindungi dan memulihara gua ini seperti tapak warisan bersejarah pada masa akan datang," katanya.
Gua Komunis yang terletak di Kampung Weng itu mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dari pekan Baling, merupakan bilik gerakan komunis terbesar ketika itu yang terletak kira-kira dua kilometer dari sempadan Thailand.
"Beberapa bangkai pesawat helikopter dan kapal terbang yang terdapat berdekatan gua itu perlu dikaji asal usulnya agar dapat disahkan sama ada ia dimiliki oleh pihak komunis atau tidak," katanya yang menambah terdapat tulisan berbahasa Cina di dalam gua itu. – Bernama