Gambar Hiasan |
PETALING JAYA - Langkah Kerajaan Pusat untuk menggugurkan penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam semua borang rasmi adalah "langkah ke arah yang betul," kata bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata kewujudan ruangan lain-lain kaum dalam borang rasmi tidak selari dengan kepentingan perpaduan dan integrasi nasional.
"NUCC sebelum ini telah membincangkan mengenainya dan telah membuat cadangan ini kerana ia adalah sangat memecah-belah dan bukan untuk kepentingan perpaduan," katanya ketika dihubungi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu mengumumkan bahawa pemansuhan ruangan 'lain-lain kaum' daripada semua dokumen dan borang rasmi kerajaan akan berkuat kuasa serta-merta.
Selain itu Lee juga mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan sepenuhnya ruangan kaum ke arah mempromosikan perpaduan negara.
"Saya berharap akhirnya kita semua akan menjadi satu bangsa - Bangsa Malaysia. Jadi tidak ada keperluan untuk pengenalan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
"Sudah tentu saya faham bahawa cadangan ini perlu diteliti dan dikaji," katanya.
Sumber: mStar