Hamid Gurkha |
SELEPAS tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon komedi veteran Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid, rakannya Hamid Gurkha kini membuat come back selepas hampir 30 tahun tidak beraksi di pentas komedi.
Hamid Gurkha berkata, dia berasa terharu apabila diberikan peluang untuk muncul di program komedi Maharaja Lawa Mega 2016.
“Kali terakhir saya beraksi di pentas komedi seperti program MLM 2016 adalah di zaman 80an. Dahulu saya kerap juga buat persembahan di fun fair atau mana-mana majlis rasmi.
“Alhamdulillah saya rasa gembira sebab sudah lama tidak muncul dalam program seperti ini. Kalau tidak dijemput kumpulan Puteh, saya selalunya akan terperap di rumah sahaja,” katanya.
Tambahnya, dia dapat melihat perbezaan antara pelawak dahulu dan dan pelawak sekaraang membawa diri dan cerita yang ingin disampaikan.
“Dahulu, pelawak seperti saya akan bawa cerita lawak yang mempunyai mesej yang ingin disampaikan tetapi pelawak kini membawa cerita keadaan semasa dan kadang-kadang ‘lawak hentam’ asalkan penonton ketawa.
“Bagi saya, pelawak perlu menyampaikan cerita yang mempunyai mesej berguna untuk disampaikan kepada penonton,” katanya. -Kedahnews.com