Ahmadiah sentiasa menemani ibu saudaranya yang mempunyai masalah penglihatan. |
Ahmadiah Shafii, 53, berkata, sebelum ini, dia bekerja bagi menyara ibu saudaranya (Daharah Jaafar, 90), namun semuanya berubah selepas dia disahkan mengidap penyakit saraf.
Menurutnya, sejak mengidap penyakit itu, dia sukar untuk berjalan dan tidak boleh berdiri terlalu lama.
"Saya ada juga mengambil upah membaiki mesin rumput dan motosikal, namun tidak seberapa.
"Ada juga permintaan orang kampung yang meminta saya membaiki mesin rumput terpaksa ditolak kerana saya tidak boleh berdiri lama dan membuat kerja berat," katanya yang melakukan kerja di rumah.
Katanya, dia akan menemani ibu saudaranya yang dianggap seperti ibunya kerana menjaganya sejak kecil lagi.
"Ibu saudara saya juga mempunyai masalah penglihatan, jadi setiap masa saya perlu berada di sampingnya bagi menggelakkan berlaku perkara tidak diingini.
"Baru-baru ini, dapur rumah kami terbakar tapi mujur saya ada di rumah. Sejak itu saya sudah tidak berani meninggalkannya seorang diri,” katanya.
Ahmadiah berkata, dia berharap ada pihak dapat membantunya kerana dia tidak mampu pergi ke agensi kerajaan.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan di akaun 02130-29-00014871-3 Bank Simpanan Nasional atas nama Ahmadiah Shafii.
Sumber: Sinar Harian