Hari Lahir "Gadis Kastam" Viral Meriah Dirai Di Hotel 5 Bintang


Gara-gara gambarnya berpakaian lengkap sebagai pegawai Kastam tersebar meluas di media sosial suatu ketika dulu, insiden berkenaan telah berjaya mengubah gadis berkenaan untuk lebih berjaya dalam bidang lakonannya.

Mungkin sebelum ini ramai yang tidak mengenali Mira Filzah yang hanya diberikan watak sampingan dalam siri drama dan agak kurang menonjol popularitinya.


Namun baru-baru ini, Mira Filzah diraikan meriah sempena sambutan hari jadinya di sebuah hotel bertaraf 5 bintang, Hotel Concorde, di ibu negara.

Pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-23 itu, Mira Filzah diraikan meriah oleh kelab peminatnya, Mira Filzah FC, yang hadir untuk terus memberi sokongan kepada artis kegemaran mereka itu.

Tahniah Mira Filzah dan selamat hari lahir dari Kedahnews.com, semoga lebih berjaya di masa yang akan datang. -Kedahnews.com