Ibu Dera, Pijak Anak Usia 21 Bulan Sebelum Dibiar Mati

Ayeeshia Jane Smith (kiri) dan Kathryn Smith
STAFFORDSHIRE - Seorang ibu dilaporkan cuba untuk menjual anaknya bagi mendapatkan bekalan dadah sebelum bertindak kejam membunuh kanak-kanak malang tersebut.

Memetik laporan Dailymail, kanak-kanak yang baru berusia 21 bulan yang dikenali sebagai Ayeeshia Jane Smith atau AJ, telah didera, dipijak dan ditinggalkan untuk mati oleh ibunya, Kathryn Smith, 23 pada 1 Mei 2014.

Sumber berkenaan juga melaporkan bahawa bapa tirinya, Matthew Rigby, 22 juga turut didakwa bersubahat kerana tidak menghalang isterinya dari membunuh AJ.

Mahkamah Britain diberitahu bahawa Kathryn berada dalam keadaan 'mabuk' ketika insiden tersebut berlaku.

Pihak penyiasat juga mengatakan bahawa AJ telah mengalami kecederaan teruk akibat perbuatan ibunya itu seumpama seorang "mangsa kemalangan jalan raya".

Jiran yang menjadi saksi dalam perbicaraan turut memberi keterangan dan mengatakan dia terdengar AJ menjerit 'jangan buat begini, ibu, jangan buat begini, ayah' ketika kejadian berlaku.

Sebelum kematian AJ, Kathryn turut dituduh cuba menjual anaknya untuk mendapatkan lebih banyak wang untuk membeli ganja.

"Kathryn selalu lalok dan langsung tak pedulikan AJ," kata saksi yang merupakan rakan kepada Kathryn.

Difahamkan bahawa Kathryn dan Matthew kini sedang direman dan bakan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup Isnin depan. -Kedahnews.com