Bayi perempuan ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah. |
ALOR SETAR - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kota Setar sedang mencari ibu kepada bayi perempuan dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 14 Mac lepas.
Pegawai Pelindung Kanak-kanak, Mazlina Ghazali berkata, ibunya merupakan warga Myanmar memegang kad UNHCR (354-14C07789), Moyurah Shobir dan beralamat di tapak perumahan Taman Desa Ara, Alor Mengkudu, di sini.
"Buat masa ini, bayi perempuan yang ditinggalkan ini, berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tempoh sebulan," katanya.
Bagi mereka yang memiliki maklumat berkaitan ibu kandung bayi itu, diminta menghubungi pegawai pelindung JKM Kota Setar, Mohd Basharudin Samsudin atau Rosmini Meh di talian 04-72502351 / 04-7202370.
Sumber: Sinar Harian