Imej "Syaitan" Pada Daging Viral Diperkata Seluruh Dunia

Sekeping gambar yang memaparkan imej "syaitan" pada potongan daging kecoh diperkatakan netizen hingga menjadi viral di media sosial ke seluruh dunia.

Imej pada daging lembu tersebut, jelas menunjukkan susuk seakan-akan syaitan lengkap dengan tanduk kecil dan mata berwarna merah.

Menurut sumber berita El Metichon, daging itu dijumpai di pusat pembekal daging terbesar di Sukarne, Mexico.

Imej pada potongan daging tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang percaya daging tersebut pernah digunakan dalam ritual mistik.

Bagaimanapun, ramai juga menganggap imej tersebut hanyalah kebetulan semata-mata dan langsung tiada kena mengena dengan perkara mistik. –Kedahnews.com