ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara dalam serbuan 'Ops Ikrar' di premis perniagaan dan rumah sewa di sekitar Alor Setar, Jitra dan Kuala Nerang malam semalam.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata, dalam operasi jam 8.30 malam itu, enam lelaki Bangladesh, sembilan Kemboja, dua Myanmar dan satu India berusia antara dua hingga 45 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
"Kami jalankan pemeriksaan terhadap 26 PATI pelbagai warganegara dan 18 daripadanya ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Semasa serbuan dilakukan di premis perniagaan, warga asing terbabit sedang bekerja manakala serbuan yang dijalankan di premis rumah sewa ada antara warga asing terbabit sedang tidur," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Mohd Shahrir berkata, semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. - Bernama