Bunga sakura Malaysia berkembang mekar sepanjang Jalan Kuala Kedah. |
KUALA KEDAH - Jalan Kuala Kedah menuju Kuala Kedah seolah-olah dilanda musim bunga apabila bunga tecoma yang dikenali bunga sakura Malaysia dilihat kembali mekar.
Tinjauan mendapati pokok tecoma ditanam Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sepanjang laluan berkenaan mula berbunga, sekali gus membuatkan pengguna seolah-olah berada di Jepun.
Difahamkan, ia akan mula berbunga lebat selepas melalui musim kering panjang kerana cuaca sedemikian dikatakan mampu merangsang pertumbuhan bunga berkenaan.
Namun menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad, tahun ini agak berbeza kerana bunga tecoma dijangkakan tidak menjadi akibat cuaca panas melampau sejak Mac lepas.
“Sebenarnya, kami sendiri tidak menjangkakan bunga tecoma berkenaan akan kembali mekar, kami terkejut apabila mendapati ada kawasan mula berbunga lebat.
“Pada mulanya, kita tidak percaya ia akan berbunga mekar secara tiba-tiba, namun sememangnya pasti selepas melihat panorama berkenaan sendiri,” katanya.
Mat Noh berkata, pokok tecoma yang berbunga mekar kali ini, berkemungkinan antara pokok tidak berkembang beberapa bulan lepas.
Menurutnya, beliau tidak dapat memastikan sama ada pokok sama di kawasan lain akan menunjukkan perubahan sama.
Pihaknya bersyukur kerana bunga tecoma berkenaan berkembang pada tahun ini, meskipun tidak menjangkakan situasi itu disebabkan hujan turun sekali sahaja.
Sebelum ini, musim bunga sakura Malaysia menjadi fenomena dalam kalangan penduduk tempatan kerana ia memukau pandangan, malah mengindahkan landskap kawasan terbabit.
Difahamkan, beberapa kawasan sekitar Bandaraya Alor Setar dihiasi bunga berkenaan, seperti Anak Bukit, Jalan Gangsa, Langgar dan Kuala Kedah.
Tahun lepas, MBAS bercadang membina Taman Sakura Malaysia kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan.
Sumber: Sinar Harian