RAMALAN dari sebuah firma penyelidik terkenal menjangkakan jualan flagship terbaru dari Apple, iphone 7 akan merudum akibat tidak mempunyai ciri-ciri baru yang menarik kepada pengguna.
Ming-Chi Kuo dari KGI Securiti yang terkenal dengan menganalisis perkembangan produk Apple dari 2007, mengatakan terdapat kemungkinan kadar jualan peranti tersebut akan jatuh lebih rendah berbanding tahun 2014.
“Senario paling buruk adalah jualan peranti iPhone 7 akan menurun kepada 190 juta pada 2016, yang mana lebih rendah berbanding pesaingnya, Samsung dengan kadar 320 Juta jualan“, lapor portal Metro.co.
Sebelum ini, jualan jam tangan pintar mereka, Apple Watch telah merudum sebanyak 90% sejak dilancarkan April tahun lalu yang mana pada awalnya sebanyak 200 ribu Apple Watch terjual setiap hari.
Apa yang boleh dilihat berdasarkan perbezaan peranti ini adalah momentum penjualan jam pintar mereka nampaknya mungkin tidak jauh berbeza dengan keluaran iPhone 7.
Penganalisa turut mendakwa sebanyak 18 peratus penurunan jualan akan mencecah ke suku keempat tahun ini yang mana jatuh di bawah 50 juta daripada kebiasaaan.
Sementara di China, peranti tiruan Apple sekalipun dikatakan gulung tikar akibat daripada permintaan yang semakin berkurang disebabkan persaingan daripada peranti mampu milik seperti Huawei dan Xiaomi. -Kedahnews.com