#Islam: Bolehkah Bertawassul Semasa Kita Berdoa?

Gambar Hiasan
SOALAN: Bolehkah bertawassul semasa berdoa?

JAWAPAN:

Tawassul adalah satu kaedah berdoa kepada Allah dengan menggunakan perantara. Contoh bentuk doa tawassul yang biasa diamalkan ialah: “Ya Allah! Berilah saya rezeki yang luas dengan keberkatan Syeikh Abu.”

Dalam tawassul, digunakan lafaz keberkatan seseorang contohnya Syeikh Abu itu yang sudah meninggal dunia. Para ulama berbeza pendapat dalam isu ini, ada yang menyatakan bahawa ia adalah harus dan haram.

Bagi menyelesaikan pertikaian ini, adalah amat baik jika kita berdoa tanpa tawassul. Jika ingin bertawassul, maka gunakanlah kaedah tawassul yang tidak menjadi pertikaian para ulama iaitu tawassul dengan nama Allah. Contohnya: “Ya Allah! Ya Razzaq berilah saya rezeki yang luas.”

Begitu juga tawassul dengan amalan soleh sendiri. Contohnya: “Ya Allah! Dengan kebaikan sedekah yang saya lakukan maka berilah saya rezeki yang luas.”

Begitu juga tawassul dengan doa orang soleh yang masih hidup iaitu memintanya berdoa untuk kita kepada Allah.

Tiga kaedah tawassul ini tiada pertikaian para ulama. Maka kalau kita ingin bertawassul maka berdoalah dengan kaedah tawassul ini dan seelok-eloknya jauhi kaedah lain.

Namun, kita tidak seharusnya menghukum syirik sekiranya terdapat amalan tawassul yang masih dalam pertikaian para ulama.

Sumber: Utusan