Saya mempunyai simpanan wang dalam bank konvensional sejak 1974. Faedah daripada bank tersebut setiap bulan sehinga kini hampir RM3,000. Kini saya ada akaun dalam Bank Islam, Tabung Haji, dan Bank Muamalat.
Soalan saya:
a. Bolehkah saya dermakan wang tersebut untuk pembangunan masjid seperti membaiki tandas, kipas atau derma kepada anak yatim.
b. Sebahagian daripada duit itu diberi kepada seseorang yang sangat memerlukan, supaya barang-barang di dalam rumahnya tidak disita oleh pihak berkuasa, jika lambat diberikan bantuan. Tempoh di sita tinggal sehari sahaja.
c. Apakah cara terbaik untuk membersihkan wang RM3,000 tersebut?
Yaacob A. Kadir, Batu Pahat.
UKE: Sengaja melibatkan diri dengan perkara riba adalah dilarang dalam Islam. Alhamdulillah anda sekarang telah menggunakan perbankan Islam, baguslah itu.
Pertama, hasil yang diperolehi daripada riba adalah haram termasuklah duit bunga tersebut.
Sebagai Muslim anda tidak boleh membelanjakan duit tersebut untuk diri sendiri atau kepada sesiapa, tetapi duit tersebut hendaklah dibelanjakan bagi kepentingan awam. Antaranya membina hospital, sekolah dan jalan raya.
Tetapi harus diingat, ini bukan sedekah atau wakaf ya, malah merupakan proses pembersihan diri seseorang daripada perkara yang diharamkan dan membawa kepada dosa sahaja.
Bab hendak tolong kawan yang rumahnya hendak disita itu, tak payahlah guna duit bunga itu, sebaliknya anda bantulah dia dengan duit halal. Kalau hendak mudah, silalah ke pejabat baitulmal dan serahkan wang tersebut untuk mereka uruskan.
Sumber: Utusan