SEHARUSNYA bermula bulan Rejab ini umat Islam telah mula bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadat antaranya membaca al-Quran. GAMBAR HIASAN |
KIRA-KIRA 50 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan iaitu satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Pada bulan tersebut kita wajib berpuasa dan pada bulan itu juga turunnya al-Quran.
Oleh itu, memandangkan kita kini berada dalam bulan Rejab dan kemudian diikuti bulan Syaaban, sepatutnya umat Islam perlu meningkatkan lagi usaha melakukan lebih banyak amal ibadah, apatah lagi selepas kedatangan dua bulan tersebut, Ramadan pula akan menjelma.
Realitinya, masyarakat kita di sini lebih bersedia menyambut Syawal (Aidilfitri) berbanding Ramadan. Pada ketika inilah pelbagai potongan harga barangan akan ditawarkan di pusat-pusat beli-belah hingga menarik pengunjung yang datang.
Tidak salah untuk kita membuat persiapan awal Syawal tetapi persiapan menyambut Ramadan juga perlu lebih diutamakan kerana kemuliaan bulan tersebut tidak ada dalam bulan-bulan lain.
Paling menyedihkan lagi apabila persiapan bulan Ramadan disalahertikan dengan paparan pakej-pakej berbuka puasa di hotel-hotel dan restoran mewah dan ini bukanlah persediaan yang kita mahukan.
Persediaan utama adalah melengkapkan diri dengan kekuatan rohani dan jasmani selain merebut segala ganjaran yang ditawarkan khususnya pada bulan Ramadan. Moga-moga kita menjadi seorang Muslim yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Sumber: Utusan