![]() |
| Ismail berhenti sebagai pembimbing rakan sebaya sejak Mac lalu bagi menemani isterinya yang kurang sihat. |
SUNGAI PETANI - Walaupun bergelumang dengan najis dadah lebih 30 tahun, namun itu bukan penghalang kepada seorang bekas penagih dadah di sini untuk memulakan hidup normal seperti insan lain.
Ismail Hashim, 62, dari Kampung Simpor Alor Bemban nekad menjadi pembimbing rakan sebaya dalam membantu Cure & Care Service Centre (CCSC) Kuala Muda dan Pusat Integrasi Klien (PIK) Kuala Muda selepas bebas dari najis dadah bermula 2010 lalu.
Namun pada Mac lalu, Ismail mengambil keputusan untuk berhenti sebagai pembimbing rakan sebaya kerana mahu menjaga isterinya yang kurang sihat.
Datuk kepada tiga orang cucu ini bagaimanapun membuktikan penghijrahan yang dilakukan adalah sesuatu menakjubkan apabila sudah mengerjakan umrah dan haji beberapa tahun lalu.
Ismail berkata, dia mula menagih dadah selepas putus cinta dengan seorang gadis kira-kira 40 tahun dulu.
Menurutnya, ketika itu, dia baru berusia awal 20-an dan mencuba mengambil dadah kerana mahu menghilangkan rasa duka di hati.
“Pada peringkat awal mencuba, saya rasakan ketenangan, tiada gangguan dan terus terbuai.
"Namun ia hanya seketika, sebaliknya saya sentiasa teringatkan bahan terlarang itu dan tidak betah duduk di rumah sekiranya tidak mengambil dadah,” katanya.
Ismail berkata, pada tahun 1979, dia dijodohkan dengan Hasmah Saad, 66, di mana perkahwinan itu diatur keluarga.
Menurutnya, selepas berkahwin, dia pernah mengabaikan nafkah untuk keluarganya.
Katanya, ketika itu, semua duit hasil kerjanya sebagai nelayan dan pesawah habis dibelanjakan untuk membeli dadah.
"Selepas berkahwin, saya masih menagih dadah sehinggalah isteri mula mengesyaki sesuatu apabila saya sering meminta wang daripadanya.
"Ketika itu, saya tidak memberinya nafkah biarpun hasil tangkapan nelayan banyak serta memperoleh upah mengerjakan sawah padi," katanya.
Menurutnya, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan seorang anak pada tahun 1984, namun ketagihan terhadap dadah semakin memuncak.
"Ketika itu, saya makin hilang arah dengan dadah sehingga membiarkan isteri mengandung dan melahirkan anak seorang diri.
"Malah pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, saya juga tiada di sisi keluarga," katanya.
Katanya, dia sering dihantar ke pusat pemulihan dan jalani hukuman penjara, namun tidak pernah insaf dan terus bergelumang dalam najis dadah selepas keluar dari pusat pemulihan terutama setelah bertemu rakan ‘seangkatan’.
"Saya mula berubah dan tidak terlibat dengan najis dadah pada 2009 selepas menjalani pemulihan di Pusat Serenti Serendah," katanya.
Syukur suami akhirnya berubah
Sementara itu, Hasmah berkata, ketika suaminya terlibat dengan dadah, dia gagahkan diri membesarkan tiga anak yang masih kecil.
Menurutnya, malah ketika itu, dia juga sering dicemuh masyarakat sekeliling kerana mempunyai suami yang menagih dadah.
"Sejak itu, saya kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling kerana malu dengan sikap suami yang sering keluar masuk pusat pemulihan dan penjara.
"Ketika itu, saya juga bekerja kilang dengan pendapatan RM600 sebulan,” katanya.
Dalam pada itu, Hasmah tidak menafikan ketika itu ada juga ahli keluarganya menyuruhnya meminta cerai daripada suaminya, namun disebabkan bimbang nasib diri selepas itu, dia tetap bersabar dengan karenah suaminya.
"Ketika menagih, suami pernah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas selain terjatuh ketika berada dalam rumah akibat terlalu khayal kerana kesan dos berlebihan," katanya.
Namun kini, Hasmah mampu tersenyum lega apabila suaminya yang dikenalinya sejak 37 tahun lalu sudah berubah menjadi seorang yang prihatin, mempunyai kesedaran diri, sentiasa menambah ilmu agama termasuk mula menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Selain gembira dengan perubahan itu, Hasmah bersyukur kerana doa yang dipanjatkan lebih 30 tahun lalu dimakbulkan ALLAH SWT.
“Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana kami mula merasai erti kebahagiaan hidup berkeluarga. Selepas menjalani pemulihan terakhir pada tahun 2009, suami nekad berhenti menagih,” katanya.
Ismail banyak bantu beri keyakinan kepada klien
Sementara itu, Pegawai AADK Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, Ismail pernah menjalani pemulihan di tiga pusat pemulihan dan lima penjara.
"Ismail mula menjadi pembimbing rakan sebaya bermula 2010.
"Ketika itu, dia banyak membantu dalam memberi keyakinan kepada klien untuk menjauhi najis dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.
Menurutnya, diharap perubahan Ismail akan dijadikan contoh kepada bekas penagih lain dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sumber: Sinar Harian