Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. |
KUALA LUMPUR – Jangan mudah percaya kepada maklumat yang disebarkan di media sosial sama ada Facebook, Whatsapp dan Twitter walaupun maklumat yang disampaikan itu menarik dan mengkagumkan untuk dipercayai.
Demikian pesanan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada rakyat Malaysia yang dilihat sangat ghairah untuk mempercayai maklumat yang disebarkan di media sosial secara membuta tuli.
Kata beliau, banyak kerosakan telah berlaku akibat fitnah yang disebarkan di media sosial dan akhirnya menyebabkan penyesalan yang tidak berguna kepada mereka yang mempercayainya.
"Jika anda mahukan ganjaran pahala yang besar dan tingkatan darjat yang tinggi melalui sifat-sifat yang mulia, maka janganlah percaya kepada semua sebaran sama ada ia sebuah cerita yang menarik atau maklumat yang mengkagumkan atau tazkirah yang mendamaikan atau nasihat yang mengesankan atau apa pun jenis berita yang disebarkan.
"Jangan percaya semua itu sehingga anda sahkan sumbernya yang sebenar dan keaslian beritanya. Berapa banyak kerosakan berlaku akibat fitnah media baru.
"Berapa banyak penyesalan tak berguna lagi berlaku akibat percayakan berita palsu serta jahat dan berapa banyak tazkirah dan nasihat yang hanyalah berupa mainan nafsu buruk kerana pencetus dan penjajanya adalah syaitan yang direjam yang bertujuan memerangkap," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Nik Mohamad Abduh berkata, Islam mendidik umatnya supaya jangan mudah percaya dengan maklumat yang disampaikan kepada mereka dan memberi respons secara membuta tuli sebaliknya perlu menapis maklumat tersebut berulang kali sehingga kesahihannya diketahui.
Menurut beliau, umat Islam perlu mengingati sejarah kehadiran hadis-hadis palsu dalam ilmu thaqafah dan peradaban Islam bermula dengan hadis-hadis nasihat dan tazkirah yang baik.
“Setelah ia bertapak dalam masyarakat, syaitan memulakan serangan dengan riwayat-riwayat bohong dan fitnah. Berita-berita di alam maya adalah seperti umpan beracun yang ditabur di mana-mana. Jangan kita menjadi mangsanya,” kata beliau. – Kedahnews.com