Mendirikan rumah tangga bukanlah perkara mudah apatah lagi dalam melibatkan pemilihan pasangan hidup.
Namun ianya merupakan antara sunnah Rasulullah SAW yang dituntut dan dilihat sebagai ibadah dalam usaha meneruskan zuriat serta meramaikan lagi umat Islam di dunia.
Jika tersalah langkah dalam memilih pasangan, boleh membuatkan rumah tangga berantakkan dan tidak mustahil sekiranya hubungan berakhir di separuh jalan.
Oleh itu, cuba jawab beberapa soalan kepada ini untuk mengetahui sama ada si dia sesuai dijadikan pasangan sehidup semati anda.
1. Selesakah berada di sisinya?
Anda perlu selesa dengan pasangan anda dan persekitaran di sekelilingnya. Dia boleh membuat anda rasa selesa dalam segala situasi.
2. Adakah ingin mempunyai anak?
3. Adakah ingin menjalani hidup bersama?
Kalau anda sanggup susah senang bersama, dia adalah yang terbaik untuk anda. Pastikan juga kalian sanggup tinggal bersama kerana jika berjauhan biasanya akan menjadi masalah.
4. Yakinkah dengan dia?
Jika anda selalu bimbang dia curang, jangan teruskan hubungan. Adakah anda mahu selalu rasa was-was ketika berjauhan?
5. Adakah dia ada setiap kali diperlukan?
Orang yang tepat selalu ada ketika diperlukan. Tak peduli pada bila-bila masa anda memerlukannya. -Kedahnews.com