"Jeles, Tapi Diam-Diam Sudah La.. Tak Payah Bagitau Media" - Uqasha Senrose


Baru-baru ini, pelakon yang baru meningkat naik Hafidz Roshdi bercerita kepada media bahawa tunangnya cemburu melihat kemesraannya bersama pelakon jelita, Uqasha Senrose.

Laporan "cemburu" menerusi media itu sedikit sebanyak telah mencetus reaksi dari Uqasha mengenai hal yang menyentuh dirinya itu.

Uqasha dalam perbualannya dengan seorang peminat meluahkan pandangannya terhadap tunang Hafidz yang mungkin dianggap sebagai kebudak-budakan dan tidak perlu pun Hafidz ceritakan kepada media.







Hafidz bagaimanapun tidak menyalah Uqasha dan menurutnya, dia berjaya menerangkan perkara sebenar kepada tunangnya bahawa dia dan Uqasha bermesra serta memuat naik gambar di akaun instagram hanyalah bertujuan untuk mempromosikan drama mereka.

Hafidz juga menyatakan bahawa tunangnya sudah memahami tugasnya sebagai pelakon dan rasa cemburu itu membuktikan perasaan sayang dan cinta tunangnya.

“Dia berasa cemburu melihat saya dan wanita lain kerana dia mempunyai perasaan sayang terhadap diri saya,” jelas Hafidz sebelum ini.

Uqasha dalam pada itu turut menjelaskan apa yang dilakukan bersama pelakon lelaki itu hanyalah lakonan dan tidak mempunyai sebarang perasaan.

Tweet itu mendapat perhatian dari peminat Uqasha dan kemudian Uqasha menjelaskan bahawa perkara ini semakin menjadi kerana dirinya tidak pernah bersuara apa-apa. –Kedahnews.com