Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, semalam. |
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha menangani masalah bekalan air bagi kegunaan rakyat di negeri itu mengumumkan akan membina terusan sepanjang 23 km yang dikenali sebagai "Jeniang Transfer".
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, projek pembinaan terusan Jeniang Transfer dijangka akan bermula dalam tempoh terdekat ini dan dilihat mampu mengurangkan pengaliran keluar air dari Empangan Beris terus ke Pulau Pinang yang dikatakan agak merugikan rakyat negeri Kedah.
Kata beliau, ketika ini berlaku pengaliran air yang begitu banyak ke Pulau Pinang yang tidak dapat diguna sepenuhnya oleh rakyat tempatan untuk tujuan domestik, perindustrian dan pertanian.
Menteri Besar Kedah itu ketika menggulung usul berkenaan turut mencadangkan agar lombong pasir dijadikan kolam takungan bagi memastikan sumber air dapat terus dibekalkan kepada rakyat.
“Kalau kita tak lakukan perancangan untuk tambah empangan dan kolam takungan baharu menyebabkan akan berlaku krisis air yang serius pada masa depan,” tegas beliau dalam kenyataan tersebut, semalam.

Ahmad Yahya (PAS-Alor Mengkudu) semalam mengusul agar dibincangkan mengenai masalah bekalan air di Kedah yang dikatakan semakin meruncing kini.
Sehingga kini, Kedah mempunyai lima empangan untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian iaitu Empangan Muda, Pedu, Ahning, Beris dan Malut.
Ahmad Bashah semalam mengetuai barisan Kerajaan Negeri Kedah buat pertama kali sejak menjawat jawatan Menteri Besar di sidang Dewan Undangan Negeri yang turut dihadiri Exco-Exco Kerajaan Negeri serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Suasana sidang DUN sehari itu berlangsung dalam keadaan harmoni dan akan bersambung pada satu tarikh lain. – Kedahnews.com